Juan - Semangat Bola



Apalah kita nak hairankan pasal Baruwah Balotelli, yang bukan saja tak kenal Malaysia tapi belacan pun tak pernah makan.

Klip video di bawah ialah sumbangan dari Encik Kamarul Zainuddin, pemain bola sebuah agensi kerajaan, pembaca tegar Sokernet, sukarelawan futsal Sokernet yang dok sibuk catat keputusan perlawanan itu hari, pencinta bolasepak (dan wanita) serta bapa saudara kepada seorang kanak-kanak riang bernama Juan.

Jadi apa yang menariknya pasal klip video tersebut? Jom layan dulu.



Juan ni baru berumur 4 tahun. Dalam umurnya baru 4 tahun dia sudah diasuh untuk ke stadium menyokong pasukan bolasepak Malaysia. Tapi di dalam stadium, si Juan ni tak mahu duduk bawah ketiak bapa saudaranya sebaliknya memilih untuk duduk sendirian berdekatan dengan Ultras Malaya. Dan sepanjang 90 minit perlawanan dia duduk seorang diri di tangga laluan tersebut, fokus kepada perlawanan bolasepak di atas padang.

Tak banyak dari kita yang boleh ingat apa yang kita buat ketika umur 4 tahun. Juan pun mungkin tak ingat pengalaman dia ke stadium tengok bola pada malam keramat itu. Tapi macam mana kita dibentuk hari ini, baik kelakuan atau pemikiran berpunca dari apa yang kita lalui ketika umur muda-muda macam Juan ini. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dari rebungnya.

Hishamuddin Rais selalu bilang, dunia ini milik anak muda. Macam Juan. Dan tidak mustahil Juan nanti membesar sebagai seorang rakyat Malaysia yang rajin bertandang ke stadium setiap Sabtu malam Ahad, bukannya ke mamak. Tidak mustahil juga kerana sedari kecil diasuh ke stadium, Juan juga rajin turun ke padang bermain bolasepak dan mungkin dapat berbakti kepada industri bolasepak negara.

Itu lebih baik dari anak-anak kecil yang diasuh menonton bola di Astro dan membesar sebagai pengumpul jersi ori kelab-kelab luar negara. Menghabiskan duit mak bapak sampai beratus ringgit tapi main bolanya macam haram.

Kesimpulannya buat kita semua, rajin-rajinlah ke stadium dan bawalah bersama anak kecil, atau adik anda, atau anak saudara, atau adik awek anda atau susah-susah belanja anak yatim tengok bola di stadium. Pupuk semangat bola di kalangan adik-adik dan anak-anak kita.

Siapa-siapa yang mungkin tertanya apa hal nama anak saudara Encik Kamarul Zainuddin macam ala-ala Sepanyol, itu sebab mak dia orang Madrid. Serius!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews