3 Tumbukan Padu Ke Udara - Lambat Klimaks!

Euww!!

Aku keliru.

Dimana harus aku bermula?

Mahu bercerita tentang kebebalan Arsenal yang tidak tahu menjaringkan gol selama 90 minit masa permainankah? Sudahlah tak mendengar, bebal pula! Tak guna juga bercerita tentang pasukan yang tak mahu menang piala. Membazir! Apa makan pemain Arsenal ni?

Adakah aku mahu bercakap tentang hal kononnya ada pemain baru yang hebat dan menonjol di Chelsea? Berambut gondrong tapi hanya mampu seri 1-1. Tak berbaloi... Ancelloti dah lempar kain putih mengalah apa guna lagi kita membuang masa bercerita hal Chelsea. Mereka jelas tiada semangat juang tinggi. Tapi sekurang-kurangnya mereka tahu mengukur baju dibadan sendiri dan sudah berusaha sebaik mungkin. Ingat! matahari akan bersinar semula selepas hujan dipagi hari. Kui3.

Atau haruskah aku terus menghina pasukan Liverpool? Tidak wajar! Umpama masuk ladang durian bawak durian atau pergi sempadan Siam bawak gepren.. memang tak berbaloi! Apa guna menghina pasukan yang dah memang hina? Gigi Arnab la.. Roy Carroll la..King Kenny penyelamat laa. Roy Hodsgon malas nak cakap aje..kalau dia busuk hati (macam aku) dah tentu dia tapau Liverpool 4 gol!

Dia malas aje. Tu pun aku tengok dia separuh hati je duduk tepi padang tu. Yelah..dah biasa buat Liverpool kalah, takkan dia tak tahu camna nak kalahkan pulak! Ye dok? kakakakak..

Baik kita bercerita tentang..bukanlah greatest comeback sangat pun sebab selalu buat! tapi itulah BOLASEPAK SEBENAR. Walau dihalau Pak Alex dari stadium itu pun, semangat juang anak buah tidak pernah mengecewakan. Walau ketinggalan 2 gol hasil konspirasi tertinggi FA Inggeris dan pengadil namun mereka tetap percaya bola itu bulat dan Wayne Rooney itu Rudeboy sebenar! Nampak?

Nak tahu apa Wayne Rooney kata pada kameraman? Tak sampai hati aku nak tulis. Terlalu keji. nanti apa kata kanak-kanak atau ibubapa yang membaca disini.... hmmm...

oklah! aku bagitau apa Rooney cakap kat satu dunia;

"Fuck off! Berambus kau dari sini! kau ingat aku Gerrard? dah score gol nak cium kamera?? Fuck off! blah! aku ada banyak piala nak cium lepas ni!!"

Aku dah kata,aku tak sampai hati nak tulis.

Bukan salah Rudeboy. Dia memang dah rude. Salah kameraman tu la yang cuba 'menggoda' Rooney. Bukan semua orang stim kamera ok! Hanya 'segelintir' sahaja. KAHKAHAKAH!

Rudeboy! 100 gol dengan hatrik.

Aku syok sial! Bukan syok sendiri..syok bersama setan merah lain. Pak Alex tenang membuat perkiraan taktikal dari tempat duduk penonton. Apa ada hal! Dah 20 tahun dia buat percaturan.

Siapa yang mempertikaikan teori momentum selepas rehat international game aku pada entry lepas?

Nampak?

Glory Glory Rudeboy Rooney!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews