Apo kono eh Jang?
Skuad Jang nampaknya semakin merudum.. lepas kalah, kalah! lepas kalah, tak menang! Lepas tukar jurulatih, kalah, lepas pangkah orang itu, pangkah orang ini pulak, jumpa MB pun kalahhhhh jugak! Apo makan eh Jang-Jang ni semuo agak eh?
Seperti biaso, Jang telah turun menyiasat dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, semuo ini berlaku disebabkan hal-hal dalaman PBNS itu sendiri. Kerenah politik, gila kuasa dan semulajadi fikir mereka aje yang tahu dan pandai membawa pasukan kearah kejayaan, tetapi lebih kepada kemusnahan menjadi punca kepada segala masalah pasukan Jang.
Sangkaan Jang selepas menukar jurulatih, pasukan Jang akan kembali digeruni jauh meleset sebaliknya dijadikan bahan ketawa pasukan lain. Bukan ini yang UltraJang mahu namun mereka tetap memberikan sokongan padu sepanjang 90 minit di KONA 4C. Semangat ultras memang luarbiaso! Tahniah Jang!
UltraJang juga telah membuat demonstrasi secara tidak aman (apa kelas demo secara aman kan?) selepas perlawanan menentang Kedah yang berakhir dengan...kekalahan! Jeritan dan laungan "KAMI MAHU MENANG", "MANA MARUAH NEGERI" dan banyak lagi dilaungkan secara padu oleh lebih 200 ultraJang. Tunjuk perasaan mereka juga disiarkan di berita TV RTM, TV3 dan Skysports UK. Sudah tentu Ultras semua tidak berpuashati dengan prestasi pasukan. Sudah tentu mereka marah dan sudah cukup bersabar. Jangan sampai mereka pakai seluar pendek dan turun ke padang!!!! Burok akibatnya nanti!
Desas desus, khabar angin dan kata mengata banyak memetik beberapa nama didalam PBNS. Jangan la buat tak tau pulak, takkan nama abang buat kuewtiau kat gerai no 10 STAR atau nama-nama peniaga kedai sebelah kubur tu yang naik, dah tentu nama Faizal Zainal dan beberapa nama Datuk Panglimo pangkat tinggi-tinggi di PBNS sampai la ke Presidennya iaitu MB kito. Disebut-sebut juga berita penguguran WJ sampai la kepada pembelian pemain Selangor dan macam-macam lagi. Panehhh!
Jang tak mahu sobut secara detail lagi apa yang telah diperkatakan oleh peminat dan ultras tapi Jang suko nak bagitahu kepada semua orang kuat PBNS, kalau main bola untuk kalah, menghabihan boreh yo, baik la undurkan diri sendiri. Ingatla, bolasepak bukan pasal pangkat atau nak masuk TiBi tapi lebih kepada 'passion'. Kalau takda 'passion' atau semangat yang tinggi jangan nak menggatal kata ekau tu layak jadi pemimpin bolasepak nogori. Ebby Yus dengan Hattan laie tinggi semangat eh.
Sambil-sambil makan kuewtiau digerai no 10 Star, Jang juga ada diberitahu tentang suspek Bookie untuk Piala Presiden. Haaa! yang ni Jang marah! Jang karate mejo tu lepas kuewtiau habis. Modus operandi mereka dan nama-nama yang terlibat juga Jang dah tahu. Homat akal den botul dengan perangai manusio macam ini. Apo makan rasuah laie..tak takut kek SPRM? Tahu tak dah berapo orang mati kek SPRM? Kalau nak berlakon, dopan kamera bai...bukan atas padang bola! Gampang!
Jang masih menyiasat lagi hal ini. Jang tak teragak-agak akan membuat pembongkaran yang lebih padu lagi jika mereka semuo ini tidak insaf dan kembali ke jalan yang benar. Jang gentar tiado! Jang percaya semua peminat bolasepak nogori menunggu dengan sabar prestasi pasukan untuk naik kembali. Musim masih panjang. Harap Skuad Nogori kembali semula seperti biasa!
Hobin Jang Hobin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment