You can take Fernando Torres out of Liverpool BUT you can never take Torres, Liverpool or Chelsea to the Champions League Final!
Ah, entah kenapa aku tak ada mood untuk menganjing, menghina atau mengayamkan Chelsea. Aku kecewa dengan persembahan mereka malam tadi. Terlalu lemah untuk diangkat sebagai wakil England ke semi final UCL. Hanya Drogba yang nampak bersungguh-sungguh. Juga Ramires yang berasal dari Kenya. Yang lain, sekadar mengisi tempat kosong. Langsung takda babak cemas, mendebarkan atau ciri-ciri suku akhir UCL.
Ancelloti dalam kenyataannya sebelum perlawanan meminta pemain untuk yakin diri, percaya dan boleh lakukan. Jika kau fikirkan kau boleh..... Tetapi lihatlah muka pemain Chelsea, langsung tak bersemangat! Salomon Kalou ketika mahu dibawa masuk pun muka macam baru bangun sahur.
Berbeza dengan kenyataan Pak Alex, iaitu Manchester United sentiasa laparkan kemenangan. Sentiasa 'obsess' dengan kejuraan eropah. Dan mereka buktikan dengan penuh bergaya. Giggsy dan Rooney buat pertahanan Chelsea kucar kacir. Vidic dan Rio pula adalah 'reliable defender' Hernandez...? Hernandez adalah seorang striker yang menjaringkan gol! Pelik? Tak pelik kan?
Apa yang pelik?
Fernando Torres! Apa makan Torres, jadi striker tak mahu jaring gol? Apa rekod yang sedang diciptanya? Besar mana lagi gawang gol mahu dilebarkan atau berapa juta lagi Roman Abramovich nak keluarkan? Macam ni punya pemain, Giggsy lorongkan bola pakai tangan pun dia tak boleh score!
Momentum Manchester United memang tak boleh dikejar lagi. Bagai Concorde yang sedang berlari di landasan pada kelajuan lebih 300km/j. Tiada pilihan untuk berhenti, hanya mahu terbang tinggi.
Manchester United adalah satu-satunya pasukan dari England yang paling layak untuk bermain di final Eropah nanti. Pasukan lain bukannya tak layak..tapi mereka lebih kepada tak boleh harap. Membebel kat media bolehlah.. Sebagai pasukan yang bermain bolasepak sebenar, lengkap dan mempunyai jurulatih terhebat, tempat Manchester United adalah dipentas akhir eropah. Tak begitu saudara Putra?
Giggsy. Yang ini serius kene check. Apa dadah Giggsy makan ni? boleh main 90 minit setiap minggu? Tiap tahun porak porandakan kelab-kelab lain, tak muak ke cium piala? Tolong la bersara musim 2019 nanti! Sudah-sudahla jadi Man of the match!
okla.aku nak masuk meeting!
No comments:
Post a Comment