Champions League Semi Final Preview : Schalke 04 vs Manchester United

Hardcore,otai dan glory hunter bersatu!

Perjuangan masih belum selesai.

Maruah England berada dikaki Wayne The Rudeboy Rooney dan rakan-rakan dan mereka bertekad untuk memastikan England tetap menghantar wakil di pentas akhir Eropah di Wembley.

Setakat pentas EPL (atau liga kampung) biarla pasukan lain berebut dan bising mencari 3 mata untuk tempat ke 2. Perlumbaan merebut tempat ke 2 ini is soooo not Manchester United okayyy... Manchester United ada misi lebih berat harus digalah dan ini adalah maruah. Ketika pemain kelab lain sedang berehat, bersantai dan melakukan onar, pemain Manchester United tabah dan gigih berlatih di German.

Walaupun mereka bukan harapan terakhir umat manusia, tapi mereka adalah harapan terakhir umat England. Harapan Queen E, Morrissey dan Ozzy. Diberitakan juga pengantin diraja juga akan menonton perlawanan ini.

Nak harapkan Singa Aslan?...dia dah masuk Zoo!

Setelah membenam dan menginsafkan Chelsea dengan dua kemenangan diperingkat suku akhir, Manchester United gagah melangkah ke perlawanan separuh akhir menentang Schalke 04 di German awal pagi ini. Untuk rekod, ini adalah perlawanan separuh akhir ke 12 Manchester United dalam Piala Eropah. 4 darinya sepanjang 5 musim kebelakangan ini. Pergh! Ini rekod, bukan sandarkan pada kenangan.

Malam ini semestinya semua penyokong Manchester United, tak kiralah Glory Hunter ke, otai ke atau gadis2 akan bangun malam tidak mahu terlepas aksi Chikydees Chicharito. Walau dimasukkan sebagai penyerang utama atau pemain gantian, Chicky tetap akan 'score'. Itulah tanggungjawab seorang penyerang sebenar.

Peminat Manchester United tidak pernah mengharap kepada pasukan lain untuk menang atau kalah dalam membantu mereka untuk menang piala. Kerja mengharap pasukan lain seperti Arsenal atau Chelsea menang dan jadi juara EPL supaya rekod Manchester United kekal 18 piala hanyalah harapan keji penyokong Liverpool.

Biar tak menang piala, asal tak keji.

..........................................................

Sementara itu, penyokong pasukan lain mesti dah layan AF9 kan? Yela, nak tengok EPL takda tujuan lagi, baik layan Diari AF. Betul tak?

Mereka semua lepak dalam kaca kat JJ AU2 Keramat tau! Pergi la tengok secara live. Tengok tak konsert minggu lepas? Kak Ogy bukan main garang! Tak elok la camtu. Itu belasah namanya, bukan bagi tunjuk ajar. Akibatnya Amir tersingkir sampai nangis2. Sian..

Ops gugur ok ke? Apa kata korang semua?

Dari kiri; Jannah, Garam, Bart, Awi dan Lucy

Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaaa....

KAHKAHKAHKAHKAH!!!

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews