Where Are They, Wednesday - Andrés Escobar


Andrés Escobar Saldarriaga ialah seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan Colombia.

Beliau merupakan seorang pemain pertahanan yang hebat. Mula mewakili Colombia pada tahun 1988 dan pada tahun 1994, Escobar bermain untuk pasukan Colombia yang telah melayakkan diri ke pertandingan akhir piala dunia di Amerika Syarikat dengan rekod kelayakan cemerlang, menundukkan Argentina 5-0 di Buenos Aires, seterusnya menjadikan Colombia antara pasukan pilihan untuk menang di USA 1994.

Andrés Escobar hanya pernah sekali menjaringkan gol untuk Colombia iaitu didalam perlawanan persahabatan dengan England di Wembley. Malangnya, Escobar tidak dikenangi kerana jaringan beliau di Wembley itu tetapi jaringan gol sendirinya menentang USA di piala dunia 1994. USA menang 2-1 dan mengakibatkan Colombia gagal ke pusingan kedua.





Anak saudara Escobar bernama Felipe yang menyaksikan gol sendiri pakciknya itu secara langsung dikaca televisyen terus berkata kepada ibunya, "mereka akan membunuh Andres."

Benar kata Felipe. Sepuluh hari kemudian, seorang lelaki bernama Humberto Castro Muñoz (gambar dibawah) telah menembak Escobar sebanyak 12 kali di bandar Medellin, Colombia dan untuk setiap tembakan, Muñoz berteriak, "Gol!". Pembunuhan Escobar ada kaitan dengan kekalahan judi jumlah besar puak-puak gangster di Colombia.




Escobar pernah berkata bahawa beliau sukakan sukan bolasepak kerana tidak seperti sukan lawan lembu (bullfighting), pemain tidak akan mati. Alangkah ironinya.

Di Malaysia ini kalau pasukan negara kalah 5-0, kena kutuk sahaja. Itu pun ada yang melenting.

Andrés Escobar - in his case, football is a matter of life and death.

(Sumber: wiki, footballblog.co.uk)

Mungkin kah?



Malaysia layak kali ke 2 ke sukan Olimpik 1980 di Moscow. Pada ketika itu Harimau Malaya dibarisi antaranya oleh Santokh Singh, James Wong, Hassan Sani, Khalid Ali dan R.Arumugam. Namun atas faktor politik, hasrat ke Moscow tidak kesampaian. Ini berakar dari semangat solidariti negara Malaysia yang turut menyertai beberapa negara lain mem-boycott sukan Olimpik Moscow dalam protes penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan. Sejarah yang satu ini akan tetap kita semua ingat, buat bekalan bercerita di masa hadapan.

Namun sejarah bolasepak kita tidak terhenti di situ, kesinambungannya masih membakar dengan tahun tahun berikutnya muncul pula legenda SuperMokh - Mokhtar Dahari, yang menerajui pasukan Harimau Malaya membenam Arsenal, juga membawa pasukan Malaysia seri dengan pasukan England B. Negara juga pada masa yang lebih kurang sama turut memiliki permata bolasepak lain seperti K Rajagopal, Yip Chee Keong, K. Kanaraju dan Abdullah Ali.

Bukan setakat itu, di suatu masa dahulu, pemain kelahiran Malaysia seperti Wong Kam Fook, Chow Chee Keong dan Lim Fung Kee turut bermain dalam liga professional Hong Kong!. Perlukan kita sebut juga tentang Lim Teong Kim yang bermain di Hertha Berlin??.
Semuanya Power!!

Masa menganjak ke hadapan dan seterusnya teraju bolasepak negara diambil alih pula oleh wira sukan SEA 1989, Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan, Serbegeth Singh dan Rashid hassan antaranya.

Sekarang mari kita anjak pula masa terus ke belakang,
Bermula dari era 1950'an dan awal 1960'an.
Ketika ini barisan Harimau Malaya megah dibarisi oleh Edwin Dutton, Robert Choe, G. Govindaraju, Stanley Gabriel, Arthur Koh dan seorang manusia power bernama Abdul Ghani Minhat. Abdul Ghani, yang memegang gelaran Raja Bola bersama rakan sepasukan ketika itu adalah Harimau sebenar yang ngauman mereka di atas padang sangat ditunggu oleh rakyat Malaysia di corong corong radio.

Lapis ke dua pemain negara menyaksikan kehebatan Abdullah bersaudara - Namat dan Shaharudin, N.Thanabalan, Zulkifli Norbit, Wong Fook Chuan bersama ketua pasukan berwibawa Abdullah Nordin, mereka membawa negara ke penanda aras dan mercu kehebatan bolasepak Malaysia dengan memenangi kejuaran Piala Merdeka pada tahun 1968. Perlawanan akhir antara pasukan Malaysia menentang Burma yang ketika itu diterajui oleh the imfamous Suk Bahadur, menyaksikan kita menang selesa dengan jaringan 3-0.

Bersama momentum yang masih membara, perjalanan bolasepak Malaysia sekali lagi menempa sejarah dengan melayakkan diri ke sukan olimpik Munich 1972. Ketika ini gua boleh gerenti abah abah kita sangat konfiden yang 10 atau paling lama pun 20 tahun lagi Malaysia akan tampil memberi saingan di pusingan akhir Piala Dunia. Pity to you abah!

Di Munich, kita dibarisi pula oleh Lim Fung Kee, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Dell Akhbar, Wong Choon Wah, Bahwandi Hiralal dan seorang lagi manusia power M.Chandran. Kepoweran pasukan Malaysia masa ni dibuktikan apabila kita boleh tapau Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Filipina yang seterusnya melayakkan kita beraksi di sukan Olimpik Munich 1972. Dan tahukah anda, walaupun kita tak menang Olimpik 1972 tapi kita dapat tapau USA 3-0?, Puas hati ke tak puas hati??,

Persoalan paling besar sekarang, apa benda mesej yang gua nak sampaikan ni?, adakah mesej supaya kita mengenang sejarah macam Liverpool?, atau mesej supaya kita sedar yang dulu bola kita pernah power gila macam Manchester United sekarang?, Yaa..antara mesejnya benda benda tu lah, tapi itu bukan mesej sebenar.

Mesej sebenar yang gua cuba sampaikan ialah MUNGKINKAH...untuk membina pasukan Malaysia sekarang supaya setara, atau lebih dihormati dari pasukan Malaysia terdahlu, kita perlu memiliki semula pemain pemain pelbagai bangsa dan agama dalam satu pasukan seimbang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh, Eurasian, atau Gurkha sekalipun??

The Truly 1Malaysia line up.

Bukan seperti pasukan sekarang yang terdiri dari pasukan Melayu dan S.Kunalan semata mata.

MUNGKINKAH?

Racist kah gua?,

Recipe: Homemade Batchoy

Batchoy
There's nothing more fulfilling than finally being able to cook one of your favorite food. I have written in this blog my undying love for Batchoy. Aside from Chowking's Wanton Noodles, Batchoy is my all time favorite Noodle Soup. So with a little help from youtube, I realized how easy it's actually made. A few days ago, I decided to give it a try and fortunately my dish screamed SUCCESS!

Recipe:
4 and 1/4 cups water
5 cups beef broth
1 Tbsp. patis
2Tbsp. white sugar
2Tbsp. salt
onion
1 chicken breast, cut into strips
1/3 kilo Pork Liver, cut into strips
1/3 kilo MONTEREY PORK MEAT, strips
cooking oil
500g Miki noodles (fresh)

Garnish:
1 pack chicharon
2Tbsp. Spring Onions – chopped
2Tbsp. garlic – toasted

Procedure
1. Blanch miki noodles in boiling water then set aside to drain.
2. Heat pan. Pour the oil. Add onions until wilted. Add ginger and sauté for a few minutes.
3. Add in all the meats and cook for 5 minutes.
4. Pour in the water and simmer until the meat is tender. Remove the meat and set aside.
5. Strain the liquid to remove the scum and impurities from the meat mixture. Reserve the liquid.
6. In a separate stockpot, prepare the beef broth by bringing 5 cups of water into a boil. Then add 1 beef cubes. Allow to simmer until the cubes are dissolved.
7. Combine 5 cups of broth with reserved liquid from meat stock. This will serve as the soup base. Season with salt, sugar and patis.
8. Bring the soup into a simmer.

To Assemble:
Place Miki noodles in a bowl. Put pork meat, liver, and chicken pieces on top. Pour enough hot soup over. Garnish with crushed chicharon, spring onions and toasted garlic.


27 Ogos 1972: Jerman Barat 3-0 Malaysia



Jersi hitam kuning Harimau Malaya dan hitam putih Die Mannschaft di dalam satu padang - Benda yang mungkin kita tidak akan dapat lihat lagi seumur hidup kita


Sabtu malam Ahad lepas, ketika rakyat Malaysia masih sibuk berbincang kenapa Alex Ferguson tidak masukkan Rooney dan Chicharito dari awal, atau benarkah Evra dan Suarez mengeji satu sama lain, atau mungkinkah Giggs sayang 'telor' dan sama ada tendangan gol Gerrard adalah genius atau tidak disengajakan, sambil pada masa yang sama berkemungkinan pula melayan perlawanan Manchester City dan Aston Villa, RTM melalui TV1 dengan senyap-senyap menayangkan satu perlawanan bolasepak klasik.

Siaran perlawanan 39 tahun sudah itu adalah pertemuan di antara Jerman Barat (sekarang Jerman) dan Malaysia dalam Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat. Menurut dari rakaman klasik RTM tersebut, siaran ini adalah 'siaran terus menerus TV Malaysia dari Munich melalui satelait bumi Kuantan'. Satelit (satelait ini ejaan lama) bumi Kuantan terletak berdekatan pantai Beserah, mula dibina pada 1967 dan siap sepenuhnya pada 4 April 1970 dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kalau tidak kerana 'satelait bumi Kuantan' ini memang tidak dapat abah-abah kita dulu nak layan bolasepak Olimpik 1972.

'Satelait bumi Kuantan' ini juga bolehlah dikira satu-satunya sumbangan negeri Pahang terhadap bolasepak Malaysia. Sultan Bola dan Pipiyapong pula bukanlah sumbangan tetapi lebih kepada sumbang mahram terhadap bolasepak Malaysia.

Satu-satunya sumbangan Pahang terhadap bolasepak Malaysia

Pertemuan Jerman Barat dan Malaysia berlangsung pada 27 Ogos 1972 di Olympiastadion Munich. Olympiastadion Munich ini memang dibuat khusus untuk Sukan Olimpik, siap sepenuhnya pada 26 Mei 1972. Walaupun bukan perlawanan bolasepak pertama, tetapi pertemuan Jerman Barat dan Malaysia boleh dikira sebagai perlawanan kompetitif pertama di stadium keramat ini. Keramat kerana dua tahun selepas Olimpik, Jerman Barat menjulang Piala Dunia 1974 di Olympiastadion Munich dengan menewaskan Belanda 2-1.

Olympiastadion Munich - Malaysia lawan kompetitif pertama Jerman di stadium keramat ini

Perlawanan Jerman Barat dan Malaysia dihadiri lebih kurang 60,000 penonton di stadium dan disiarkan secara langsung ke serata dunia. Armando Marques dari Brazil menjadi pengadil perlawanan. Arbitro brasileiro ini bagi siapa yang tidak tahu merupakan pengadil paling tersohor dan kontroversi dalam sejarah bolasepak Brazil. Bahawa perlawanan Malaysia pernah diadili oleh pengadil lagenda Brazil adalah juga satu penghormatan.

Satu-satunya pengadil Brazil yang pernah ditulis buku tentang kariernya - O Mito (The Myth)

Bolasepak Olimpik zaman itu terbuka hanya untuk pemain bertaraf amatur. Jadi pasukan Jerman Barat yang berdepan Malaysia dibarisi oleh pemain amatur. Pun begitu ada dari mereka yang kemudiannya muncul pemain profesional dan kebangsaan Jerman, seperti Ronald Worm (MSV Duisburg), Manfred Kaltz (Hamburger SV) dan Uli Hoeness (Bayern Munich), sementara Ottmar Hitzfeld (FC Basel) pula kini dikenali sebagai antara pengurus bolasepak terbaik Eropah. Apa ada hal, pemain kita zaman itu pun semuanya amatur juga.

Malaysia di bawah kendalian jurulatih Jalil Che Din bermain dengan yakin dan tidak goyah sekali pun di stadium yang padat dengan mamat dan minah Jerman. Menjaga gawang ialah Wong Kam Fook yang cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Jerman Barat ("Wong Kam Fook melentik sungguh cantik tadi menyelamatkan bola"). Barisan pertahanan dengan tonggak utamanya Soh Chin Aun dan Namat Abdullah tidak teragak untuk menghalang sebarang cubaan membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Malaysia sementara Abdullah Othman dan Mohammed Chandran cemerlang sebagai fullback yang menyokong jentera serangan.

Namat Abdullah & Soh Chin Aun - Jaket Namat Abdullah tu, siapa ada memang boleh jual harga RM10,000 di eBay

Malaysia mengekang Jerman Barat tanpa sebarang jaringan dalam separuh masa pertama. "Para penonton tidak berpuas hati dengan cara permainan Jerman Barat," kata pengulas RTM. Malaysia juga sekali-sekala mengasak pertahanan Jerman Barat, khususnya bila Looi Loon Teik dimasukkan pada minit ke-61 dan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan di sebelah kanan.

Pun begitu Malaysia berdepan beberapa kesukaran, khususnya ketika merebut bola di udara. Seperti kata pengulas, "hantaran lambung tapi sayang pemain Jerman lebih tinggi" dan "Salleh menggelecek bola itu depan pintu gol Jerman Barat, hantaran tapi pemain kita susah mendapat bola tinggi". Faktor fizikal menjadi penghalang utama. Juga masalah rumput yang berbeza, seperti kata pengulas "rumput di sini lebih tebal dari rumput di Malaysia, sepakan leret mestilah kuat", menghalang Malaysia dari bermain hantaran pendek.

Jerman Barat akhirnya berjaya menggunakan kelebihan mereka dan mula menghasilkan gol melalui Ronald Worm (56), Juergen Kalb (71) dan Rudolf Seliger (82). Malaysia beberapa kali cuba bangkit, Mohammed Chandran bermain secara lebih ofensif sambil Wan Zawawi dan Hamzah Hussein (yang masuk menggantikan Wong Choon Wah) banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Jerman Barat. Malahan pada satu masa pemain Malaysia mampu melakukan 10 hantaran satu sama lain di tepi kotak penalti lawan! Jerman Barat bernasib baik kerana bolasepak zaman itu membenarkan back-pass kepada penjaga gol, maka seperti biasa mereka menggunakannya untuk membuang masa.

Soh Chin Aun - Tidak sayangkan telor macam Ryan Giggs

Walaupun kalah, secara keseluruhan permainan Malaysia di Olimpik 1972 ini aku berani katakan 100 kali lebih bagus dari permainan Malaysia hari ini. Pakcik-pakcik 1972 ini nampaknya tahu apa itu istilah 'penguasaan bola' dan 'hantaran tepat'. Ada kalanya mereka bermain satu unit, menyerang dan bertahan secara bersama. Sampaikan aku merasakan bahawa Total Football sebenarnya dicipta oleh Malaysia (dua tahun kemudian di Olympiastadion Munich, Belanda menunjukkan permainan yang serupa dalam Piala Dunia). Yang pasti penyakit seperti 'tendang ikut arah telor' memang tidak wujud di kalangan pemain.

Begitu juga dengan mutu ulasan oleh pengulas zaman itu yang aku tidak tahu namanya. Yang pasti beliau mengulas dengan tenang dan tidak merapu. Setiap perkataan dan ayat disebut dengan jelas, setiap aksi diperincikan sebaik mungkin. Tak macam ulasan merapu Astro Arena.

Skuad Malaysia yang terbang ke Munich turut membawa bersama mereka seekor anak harimau milik Zoo Negara bernama Tuah II.  Tuah II adalah maskot dan haiwan peliharaan skuad Malaysia. Selesai Olimpik 1972, Tuah II telah dihadiahkan kepada Zoo Munich.

Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?

Bagi aku, perlawanan Jerman Barat-Malaysia dalam Olimpik 1972 ini bukan sekadar bolasepak klasik, tapi satu kemuncak sejarah penting negara. 27 Ogos 1972 ini adalah tarikh keramat, Malaysia menentang kuasa besar bolasepak dunia. Kita kena sedar, hari ini mustahil sudah untuk Malaysia bermain menentang Jerman dalam bolasepak. Dan jika sekalipun itu berlaku janganlah harap kita mampu sekadar tewas 3-0, kerana silap-silap kita boleh dilauk 30-0 kalau dinilai dari mutu bolasepak kita dan Jerman hari ini!

p/s: Dah habis perlawanan klasik ini barulah aku pergi layan Chelsea lawan Everton. Aku tengok gaya permainan Everton pun tak hebat macam Malaysia di Olimpik 1972. Apa ada hal?

I Am David Jones






Nama: David Jones
 Tempat Lahir: Southport, England
Tarikh Lahir: 4 November 1984
Posisi Kegemaran: Tengah (dan tepi sikit-sikit)
Pemain Idola: Eric 'The King' Cantona
Pemain Paling Dibenci: Luis 'Arnab Terjun' Suarez
Kelab: Manchester United (2003-2007)
Pencapaian Terbaik: Menjuarai Premier Reserve League 2004/05

Abang berbangga ada adik macam top_ace7 yang minat bola bukan setakat nak tengok divers of the world unite and take over. Adik top_ace7 ni bukti peminat bola yang kenal semua pemain termasuk yang kurang femes. Bukan macam peminat Liverpool, tak habis-habis yang diorang kenal Gerrard, Suarez dengan King Konek.

Luis Suarez rasis? hek eleh



Apa sebenarnya yang terjadi antara Evra dan Luis? Saya sebagai rakyat 1Malaysia nasi lemak 2.0 sangat tidak menyokong rasis. Jadi semalam pada hari Ahad, saya berkesempatan berbual dengan Luis dan bertanya apa sebenarnya yang terjadi.

Aku : Memang ada kutuk dia hitam legam?



Luis : Mana ada. Mana ada.

Aku : Kutuk dia monyet?



Luis : Mana ada. Mana ada.

Aku : Kutuk dia makan pisang?



Luis : Lagilah tidak.

Aku : Ok, apsal dia cakap kau rasis.

Luis pandang kiri, pandang kanan, selepas itu dia bisik, “Sebenarnya, hari tu aku tengah bosan tunggu bola nak pasing kat aku. Biasa la kalau bosan. Aku pun nyanyilah lagu 'Kuda hitam aduh, kuda hitam, kuda hitam berbahaya.' Tapi aku translate lah bahasa omputih. Tapi kau pun tahu, aku mana pandai sangat cakap omputih, aku pun direct translate, “'Black Horse goodness, dark horse, dark horse dangerous.'.

Aku : (tergamam kejap) Itu pun rasis?

Luis : Sebenarnya, selepas aku nyanyi lagu kuda hitam, aku berpantun pulak. the black-black spots mangosteen, more considered more sweet .

Aku : Apa tuh?

Luis : Hitam-hitam si tompok manggis, semakin dipandang bertambah manis. YNWA!

Aku : hek eleh. itu pun nak rasis ke. Terima kasih, dan YNWA.

Luis : Liverpool power!

Aku : Ya, power!


Tau Pun Takut (5 Defender)

Yes, saya kecewa dengan keputusan seri kerana ManUtd ialah pasukan lauk di Anfield.

Walau bagaimana pun, kami tetap sayang ketua pasukan Liverpool kami yang memang sangat bijak mengagak Giggs lebih bersedia 'menyelamatkan crotch' dia dan membiarkan ManUtd ketinggalan. Gerrard is a footballing genius!

Maklumlah, Giggs suka berzina dengan ramai manusia tak kira mereka itu adik ipar dia ke, apa ke. Semua dia lanyak. Jadi 'crotch' dia memang sangatlah penting bagi Giggs. Kalau Suarez yang jadi 'wall' dia tahan pakai 'crotch' selamba aje. Bak kata Abdul Sokernet, Suarez Power.



Arakian sehina-hina penzina, hina lagi penzina yang menyusahkan rakan sepasukan.

Peminat2 ManUtd yang tak berapa cerdik sekalian, hidung ungu tak masukkan Rooney, Nani dan Chicarito dari mula ialah kerana dah 3 kali dia main corak macam tu dan tak bertahan dengan 5 defender di Anfield, semua kena tapau. ManUtd jadi lauk. Hidung ungu takut, faham? Itu pun hidung ungu harus berterima kasih pada DeGea yang membuat dua-tiga save nasib oleh percubaan Liverpool yang ya Allah, magnificent.

Hingga kita berjumpa lagi wahai scums.

#YNWA ./

Addendum:
Top ace7: Bukan David Jones main midfield ke abang? <--- ni fan sapa ni? Baik claim cepat. Manure? Smurf (U) atau smurf (S)? Tadika Cerdas? Ayam London? Elok kem-kem yang berwajib claim dia ni cepat. Kalau ko Liverpool fan dik, aku ban kau dari mengkomen lagi.

Followers

Pageviews