Showing posts with label Piala FA Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Piala FA Malaysia. Show all posts

Keputusan Piala FA 2011 - Na Na Na Na Na Tegannu Juara Piala FA..........



Ho Yeah. Rebiu game

Since no one is writing in this god forsaken shit for brain blog I am going to dispense with the usual pleasantries by saying..
"HAHAHHHAH KELANTAN GOT FUCKING PWNED"

Seperti ribuan peminat ABK (Anyone But Kelantan) semalam, aku melompat-lompat kegembiraan bila Mohd Nordin Alias menyudahkan umpanan pemain apa tah nama dia ( I am not gonna pretend I know the name of the Ganu players) untuk membenan pasukan Happy Warrior pada minit ke 109.



Permainan semalam sebenarnya bosan. First half buat gua bosan gila babi sampai terpaksa main angry bird. Passing macam jubor dan jumlah shot on target boleh dikira dengan jumpa telur yang ada dicelah kangkang aku. It was that shitty. Permainan hanya menjadi TEH AWESUMZ selepas Azwan Roya menjaringkan gol untuk Kelantan. Chip yang dilakukan beliau membuatkan separuh stadium bergegar. Bendera Kelantan dan Pas berkibar separuh stadium. Sultan Kelantan buat muka senyum sindir di tepi Sultan Mizan sambil mengecek Blackberry beliau. Mungkin baginda menghantar BBM kepada Sultan Bola tetapi ini semua hanya postulasi aku.



Agong Bola hensem........


Secara serta merta perlawanan menjadi menarik. Terengganu terus mengamuk bagai penyu luka yang dicuri telurnya di Rantau Abang. Serangan bertalu-talu dilakukan ke arah gawang yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat. Pemain Terengganu yang sebelum gol tadi sendu dan lemau, secara tiba-tiba menjadi cergas seperti Saleem mendapat suntikan Adrenalin selepas overdose cocaine di sebuah rumah tumpangan.



Hikmat Kubah Penyu Berdarah Amarah Sepadang


Irfan Bakti, coach Terengganu tak henti-henti memberikan arahan kepada anak didiknya supaya menyerang sehingga bajunya basah kuyup. M Karathu pula hanya duduk diam macam Wenger. Mungkin dia rasakan Terengganu sudah tak mampu melawan. Apalah sangat seekor Penyu terluka jika dibandingkan dengan Kijang Emas? Ye tak?..

Terengganu tidak menyerah kalah dan mencuba sedaya upaya. Pemain Kelantan pula sekor-sekor jatuh golek-golek , kejang otot dan minta ditukar. Sia-sia Al Jabbar sponsor tapi badan pemain Kelantan masih lagi lemah macam taik. Mungkin mereka tidak mengamalkan DR JISM dengan betul? Mungkin perlu beli herba yang dijual ABDUL SOKERNET pula kerana Al Jabbar tak boleh diharap. Kena tackle sedikit berguling-guling macam Sonic The Hedgehog sekiranya Sonic berwarna merah dan tahu main bolasepak. Akibat dari play acting yang sangat awesome ni (best acting injured seen on the pitch since Rivaldo) pengadil perlawanan Mohammad Nafeez Abdul Wahab memberikan 4 minit masa tambahan. Dalam masa tambahan pemain Kelantan sekali lagi main golek-golek tempang teng teng setiap 30 saat. Akibatnya masa ditambah lagi sebanyak 4 minit untuk memberikan jumlah Irfan Bakti Time sebanyak 8 minit.

Tinggal 30 saat sebelum wisel ditiupkan pemain Kelantan, Mohd Daudsu melakukan header yang cukup cantik masuk kedalam gawang sendiri. The stadium EXPLODED without any use of firecrackers. Peminat Terengganu melompat keriangan dan begitu juga briged ABK seantero dunia. Seperti Justin Bieber, Terengganu memegang teguh motto NEVER SAY NEVER dan perlawanan ini disambung ke masa tambahan.

Dalam masa tambahan Kelantan seolah hilang hala tuju. Terengganu beberapa kali melakukan percubaan bahaya tetapi Khairul Fahmi tangkas menyelamatkan keadaan. Walaubagaimanapun gawang dan harapan peminat Kelantan dirobek pada minit ke 109. Tiada apa yang boleh dilakukan oleh tunang si Jejari Runcing. Bola bergolek masuk kedalam gawang. Sekali lagi stadium meletup. Kali ini giliran DYMM Seri Baginda Yang Dipertuan Agong untuk buat muka senyum sinis kepada Sultan Muhammad V. Blackberry Agong ditonyoh mungkin sekali lagi BBM dihantar ke Sultan Bola.

Wisel penamat ditiupkan pada minit ke 120. Pemain Ganu berlari-lari anak macam di Muzadalifah. Pemain Kelantan terus tersembam ke tanah kerana frust. Di Astro Arena boleh lihat Anuar Mosespun muka kelat. Tidak ada pula camera pada muka Sathianathan, bekas coach Kelantan. Bila zoom seluruh stadium kelihatan beribu-ribu seat kosong. Penyokong Kelantan dah balik awal-awal . Punya la frust sampai tak ada nafsu nak bakal kerusi stadium tahun ni!

Syabas Terengganu! Saya mewakili ABK seluruh Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih for KNOCKING KELANTAN OFF THEIR FUCKING PERCH. You can quote that!



Rebiu Liga Super Perlawanan 6 & Prebiu Piala FA Pusingan 2



REBIU PERLAWANAN 6 LIGA SUPER

Musuhnya Habis Binasa?

Misi pemburuan 3 piala nampaknya sudah semakin parah. Sama saja parahnya dengan Jang yang melepas nak kahwin dengan Milah. Sekalipun mempunyai slogan 'Musuhnya Habis Binasa' yang penuh berseni dan beradat ibarat luahan tutur kata Rais Yatim, Negeri Sembilan langsung tidak digeruni oleh lawannya.



Red Warriors menyambut kedatangan Negeri Sembilan ke Kota Bharu dengan satu matlamat, mem-budu-kan Jang. Dan itulah yang dilakukan oleh anak buah M Karathu. Negeri Sembilan berjaya mengikat Kelantan tanpa jaringan di babak pertama tetapi di babak kedua Jang tumbang seperti tewasnya Aidil Zafuan dalam pelukan Rita Rudaini.

S Chanturu terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-51 hasil tendangan percuma dari Nurul Azwan Roya. Kemudiannya penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha memastikan 3 mata penuh selamat dalam genggaman hasil jaringan minit 76 dan 82.

Kekalahan 3-0 Negeri Sembilan sebenarnya boleh dikatakan di luar jangkaan apatah lagi ini ibarat pertemuan ulangan akhir Piala Malaysia 2010. Dan dengan ketandusan gol di barisan serangan Jang setakat ini (hanya 5 gol dari 6 perlawanan) mungkin tiba masanya untuk Wan Jamak mengintai penyerang terbaru bagi mempertajamkan barisan serangan. Ayam tambatan Sokernet, Jorji mungkin pilihan terbaik untuk Jang misalnya.
Keputusan: Kelantan 3 - Negeri Sembilan 0

Red Giants Bangkit

Selangor kembali bangkit untuk mempertahankan kejuaraan liga apabila mudah menundukkan Kedah di Shah Alam. Selepas seri tanpa jaringan di Pasir Gudang minggu lalu, Kedah dijadikan mangsa oleh Red Giants untuk melepas geram meledak gol sekaligus mengukuhkan reputasi Selangor sebagai kuasa bolasepak dulu, kini dan selamanya.



Fadzli Saari (53) dan Asraruddin Putra Omar (81) muncul penjaring buat Selangor di Shah Alam untuk meletakkan Red Giants di posisi ke-4 Liga Super dengan 11 mata. Kedah pula kini terus terperosok di posisi ke-10, 2 kekalahan dari 2 perlawanan memberikan mereka rekod terburuk bermain di tempat lawan sedang mencatat keputusan seri di tempat sendiri nampaknya sudah menjadi adat buat Hijau Kuning.

Mahu atau tidak, Kedah perlu berbuat sesuatu atau kejayaan 'Double Treble' beberapa tahun dulu akan hanya jadi 'sandarkan pada kenangan'.
Keputusan: Selangor 2 - Kedah 0

Penyu Mengganas

Okay, penyu sebenarnya bukanlah haiwan yang ganas tetapi Terengganu terus memastikan bahawa jolokan kuasa bolasepak Pantai Timur bukan milik Kelantan secara mutlak. Berdepan Johor FC di Kuala Terengganu, anak buah Irfan Bakti tidak membuang masa mengutip 3 mata penuh untuk terus mengejar musuh tradisi Kelantan.

Hanya 7 minit diperlukan Hadi Yahya untuk memecah kebuntuan hasil hantaran lintang Ashaari Shamsuddin. Berselang 7 minit kemudian Terengganu menggandakan jaringan, kali ini melalui Ismail Farouqi hasil tendangan percuma.

Percaturan Irfan Bakti memastikan Terengganu terus menguasai babak kedua perlawanan dengan Johor FC yang ketandusan penyerang berkualiti gagal mengancam gawang Terengganu. Pada minit ke-77, Hadi Yahya melorong bola buat membalas budi Ashaari Shamsuddin untuk pemenang Kasut Emas 2010 itu menghasilkan gol ke-3 Terengganu.
Keputusan: Terengganu 3 - Johor FC 0

Tok Gajah Kecewakan Haris Adam

Kalau Kelantan dan Terengganu sukses selalu, lain pula ceritanya dengan Pahang. Skuad Tok Gajah terus dirundung malang sekali pun bermain di Stadium Darul Makmur.

Bertemu Sabah tugas mudah buat Dollah Salleh dan Pahang tetapi mereka jelas ketar lutut berdepan dengan pasukan yang dikuasai Ultra Sumandak. Razlan Oto meletakkan pelawat di depan pada minit ke-31 dan kemudian Leopold Alphonso menambah gol ke-2 Sabah pada minit ke-70.

Tetapi mungkin kerana campur tangan saat akhir Sultan Bola, Pahang berjaya bangkit melalui R Surendran (71) dan Famirul Asyraf (79) buat kedua-dua pasukan berkongsi mata dan kekal di bottom half Liga Super.
Keputusan: Pahang 2 - Sabah 2

Budak Felda Terus Mara

Bukan senang menjadi sebuah pasukan kelab dan bermain menentang gergasi-gergasi pasukan negeri. Tetapi setakat Perlawanan 6 ini Felda United membuktikan mereka mampu bersaing sekalipun menjadikan pasukan kelab lain sebagai mangsa.



Menentang T-Team yang berada dalam zon penyingkiran, Felda United mudah membolot 3 mata penuh bagi melonjak diri ke posisi ke-5 Liga Super. Farderin Kadir (61) dan Zamri Chin (66) muncul penyumbang gol buat pasukan tuan rumah di Stadium MBPJ.

T-Team yang menang kali pertama minggu lepas kini kembali tertekan. Indra putra, Azizi Matt Rose dan Nor Farhan yang diharap dapat memperkuatkan barisan kesebelasan T-Team terus mengecewakan sedang Yunus Alif masih gagal mencari penawar yang diperlukan.
Keputusan: Felda United 2 - T-Team 0

Yob Kekal Rekod Tanpa Kalah

Perak yang setakat ini telah mengejutkan ramai pihak dengan pencapaian luar jangkaan berdepan ujian getir apabila didatangi oleh Ong Kim Swee dan Harimau Muda A beliau. Tetapi Yob seperti biasa steady seperti M Daud Kilau.

Selaku pesaing rapat Kelantan, Cikgu Jan pastinya mahukan 3 mata penuh tetapi ianya agak sukar kerana Harimau Muda A setakat ini hanya tumpas sekali itu pun secara tidak sengaja kepada Negeri Sembilan. Dan seawal minit ke-12 apabila Wan Zack Haikal mengejutkan segenap Yob dan Yong melalui jaringan beliau melalui satu serangan balas.

Perlawanan yang disiarkan secara langsung jelas menarik dengan Yob terus menggandakan asakan untuk membalas gol Harimau Muda A. SJ9 dan AR14 memberikan gandingan mantap tetapi pertahanan anak buah Ong Kim Swee tetap utuh menahan asakan Yob.

Cikgu Jan memilih untuk memasukkan El Tornado di hujung permainan ketika Yob kelihatan bakal tumpas buat kali pertama musim ini. Tetapi penyelamat terakhir umat Yob rupanya ialah Noor Hazrul, tendangan percuma dari beliau menembusi dinding pemain Harimau Muda A pada minit ke-86 untuk gol penyamaan.

Yob terus kekal di posisi ke-2 Liga Super tetapi kini ketinggalan 2 mata di belakang Red Warriors sementara Harimau Muda A jatuh ke posisi ke-6 selepas pesaing terdekat lain masing-masing mencatatkan kemenangan.
Keputusan: Perak 1 - Harimau Muda A 1

Singa Utara Terus Kempunan

Jauh di utara, Perlis yang masih lagi belum pernah menang musim ini terus kecewa. Meraikan kunjungan Kuala Lumpur ianya peluang terbaik untuk Singa Utara mencatat kemenangan pertama tetapi hanya seri tanpa jaringan mampu dihasilkan.

Jurulatih Perlis, Mustakeen Omar juga telah secara sah meletak jawatan beliau, menjadi jurulatih pertama yang menjadi mangsa kepincangan pasukan sendiri musim ini. Jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff adalah pilihan utama untuk menjadi mangsa ke-2.
Keputusan: Perlis 0 - Kuala Lumpur 0

PREBIU PUSINGAN 2 PIALA FA

Saingan Piala FA untuk Pusingan 2 bermula malam ini dan esok, melibatkan semua 16 pasukan termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah yang mendapat 'bye' pada Pusingan 1.

Berikut susun atur perlawanan dengan pasukan ditilik menang oleh Unit Paranormal Sokernet bertanda *.

Negeri Sembilan* - Kuala Lumpur
PKNS FC - Pahang*
Perak* - Sime Darby FC
ATM - Terengganu*
Selangor* - Harimau Muda B
Harimau Muda A* - Johor
Johor FC - Kelantan*
Felda United* - Kedah

Berita gembira buat adik Haris Adam, Astro Arena bakal menyiarkan perlawanan PKNS FC lawan Pahang esok.

Piala FA Malaysia Membuka Tirai 2011



Selain dari kejohanan Piala FA (FA Cup) sebenar yang berlangsung di England hujung minggu lalu, bolasepak Malaysia juga diserikan dengan kejohanan Piala FA kita sendiri. Kesemua 13 perlawanan Pusingan 1 telah berlangsung dan penyiar rasmi bolasepak Malaysia telah menyiarkan satu perlawanan tersebut secara langsung. Ya, hanya satu. Yakni pada hari Jumaat dalam perlawanan antara T-Team dan Kelantan.

Kenapa hanya satu perlawanan? Tanya Rizal Hashim dan Astro. Kenapa hanya pada hari Jumaat? Tanya Rizal Hashim dan Astro. Kenapa kena tanya Rizal Hashim dan Astro? Kerana Sokernet tidak ada jawapannya.

Piala FA



Kejohanan Piala FA berada di posisi ke-3 dari segi prestij dalam arena bolasepak Malaysia, iaitu selepas Piala Malaysia dan trofi Liga Super. Menjuarai Piala FA berserta Piala Malaysia dan Liga Super dikira pencapaian Treble dan ini hanya pernah dilakukan oleh Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Selangor pula pernah melakukan Cup Double apabila memenangi Piala FA dan Piala Malaysia pada 1997 dan 2005. Red Giants juga pernah mencatatkan Double untuk Piala FA dan Liga Super pada 2009.

Kali pertama dipertandingkan pada tahun 1990, Piala FA diilhamkan dari kejohanan FA Cup di England dan sama seperti konsep FA Cup, Piala FA kita dimainkan dengan format kalah mati melibatkan semua pasukan atau kelab yang aktif dalam Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM (liga tahap ke-3 dalam piramid bolasepak Malaysia). Bezanya dengan FA Cup ialah Piala FA kita lebih besar dan tinggi. Malaysia memang suka bersaing bab saiz ini.

Juara pertama Piala FA ialah skuad The Yobs, iaitu Perak yang menundukkan Selangor 4-2 selepas ketinggalan 0-2 dalam salah satu perlawanan paling dramatik dalam sejarah bolasepak Malaysia kerana comeback yang sangat luar biasa. Sebanyak 21 edisi Piala FA telah dipertandingkan setakat ini dengan 11 pasukan pernah bergelar juara.

Juara-juara Piala FA: Selangor (5), Kuala Lumpur & Kedah (3), Yob & Jang (2), Sabah, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang & Johor (1)

Kelantan masih belum pernah menjuarai Piala FA sekaligus meletakkan mereka setaraf dengan dua negeri kerdil, Perlis dan Melaka.

Piala FA 2011 - Pusingan 1

Saingan Pusingan 1 telah bermula dari 18 hingga 20 Februari melibatkan 26 pasukan dalam 13 perlawanan. Juara Liga Super, Selangor berserta Negeri Sembilan selaku juara Piala FA dan Kedah sebagai naib juara Piala FA mendapat pelepasan dari Pusingan 1.

Pecahan 26 pasukan dalam Pusingan 1 terdiri dari 11 pasukan Liga Super, 12 pasukan Liga Perdana dan 3 pasukan Piala FAM. Berikut keputusan semua perlawanan Pusingan 1

T-Team 1 - 1 Kelantan (5-6 pen)
Harimau Muda A 4 - 0 SDM Kepala Batas
PKNS FC 5 - 0 MP Muar
Pahang 2 - 1 Sabah
PDRM 1 - 4 Perak
Melaka 0 - 5 Sime Darby
ATM 2 - 0 Sarawak
USM 1 - Terengganu 2
Melodi Jaya 0 - 4 Harimau Muda B
Pulau Pinang 1 - 5 Johor
Johor FC 5 - 0 SPA
Perlis 0 - 2 Felda United
Kuala Lumpur 3 - 0 POS Malaysia



Pusingan 2

Pusingan 2 khabarnya bakal berlangsung dalam bulan Mac. Jika diikutkan pada jadual yang ditetapkan oleh FAM, berikut ialah perlawanan untuk Pusingan 2 nanti

Negeri Sembilan - Kuala Lumpur
PKNS FC - Pahang
Perak - Sime Darby
ATM - Terengganu
Selangor - Harimau Muda B
Harimau Muda A - Johor
Johor FC - Kelantan
Felda United - Kedah

Dengan kembalinya Razali Umar Kandasamy atau nama manjanya 'El Tornado' ke pangkuan Yob, Perak dijangka tiada masalah untuk membawa pulang Piala FA ke Ipoh tahun ini. Ajenye ye!

Followers

Pageviews