GoalGol Header Paling Power



Kepala Takuk

Hujung Minggu Saya


Baiklah, saya akan bagi pujian kepada pemain muda Malaysia semalam kecuali 'you know who and yes, him too'. Tapi harus diingat pujian saya ini merangkumi kejohanan setempat sahaja kerana lebih dari itu, kita masih terlalu lemah. Ingat kekalahan 2-0 kepada Jepun, main lembik macam taik cirit dengan persembahan yang amat menyedihkan pada 21 September sudah? Kesinambungan cerita ini ialah pada 23 Nov, lawan Syria. Jadi eloklah kita tengok dan fikir-fikirkan.

Baiklah, saya terima hakikat bahawa mutu bolasepak kita jauh lebih rendah dari mereka tetapi seperti sebuah rekod lama yang rosak, persoalan yang sama akan kembali berputar iaitu 'sampai bila FAM akan tetap begini'?

Kepada mereka yang terkinja-kinja mengatakan admin di Sokernet tidak cintakan bolasepak Malaysia, anda semua boleh pergi ambik bantal dan tidur dalam kubur.

Kepada mereka yang sayangkan bolasepak negara, percayalah bahawa sistem pengurusan dan struktur bolasepak kita perlukan perubahan yang ketara.

Kepada mereka yang cintakan Liverpool - Terlalu Power (TM), #YNWA ./

P/S: Sila pilih mana patut saya letakkan gambar kepala b*n*? A, B, C, D atau kesemuanya sekali?

Jangan kita lupa..KOAM pun sama naik kepala bananya!!


Malang tiada pembela.

S. kannathasan, Mohd Yunus Yasaleh, Schezuan Ahmad Rosli dan P.Yuaraaj.


Dengan kepala bana KOAM ni, maka kepala bana Fakri jatuh nombor 2.


Bubarkan KOAM demi kemajuan sukan olahraga!.

Nazmi Faiz Mansor

Hari ni gua tak ada mood nak kepala banakan siapa siapa. Satu Malaysia dah tau siapa Fakri Saarani. Dan yang celik sikit mungkin dah tahu siapa Izzaq, Thamilrasu dan mungkin Guru. Sesiapa yang masih minat mempertahankan mereka, pergilah berjuang mempertahankan mereka. Peduli apa gua.

Mengenai perlawanan semalam, selain Khairul Fahmi dan Baddrol, dua lagi pemain yang boleh dianggap berguna bagi gua adalah Fadhli Shas dan Irfan. Mereka adalah dua daripada 3 pemain yang berlatih di FC ViOn Zlaté Moravce. Seorang lagi tidak dapat bermain di Sukan SEA 2011 iaitu Wan Zack Haikal (yang pernah bermain satu padang dengan gua). Ketiga-tiga pemain itu berada di dalam kelas yang tersendiri.

Tapi sebenarnya tuan-tuan, gua ada perasan satu lagi pemain yang power. Memperkenalkan,



Pemain berjersi 21, adik Nazmi Faiz Mansor!

Persoalannya sekarang dengan satu dua sentuhan kenapa Nazmi Faiz ini mudah digemari dan diminati peminat bola sepak? Jikalau ditanya kepada gua, jawapan gua hanya ada satu.

"Sebab dia main macam Arsenal..."



Notakepalabana: Semalam ketika acara pengalungan pingat di kaca TV, gua harap betul Fakri Saarani tiba tiba tanggalkan pingat emas dari lehernya dan melemparkan kepada ribuan penyokong Indonesia. Peh... baru la dramatik.

Terselamat dari kepala bana




Salah seorang yang terselamat dari Kepala Bana Fakri.

Terselamat dari kepala bana adalah setinggi tinggi pujian yang Sokernet boleh berikan pada skuad Harimau Muda untuk aksi sukan SEA.

Nak mintak lebih, tunggu Malaysia main di Olimpik atau beraksi di kejohanan Piala Dunia.

Malaysia 1-1 Indonesia (4-3 pen) - Edisi Media Pencacai Penjilat Kepala Bana


Malaysia - Raja bola sepak ASEAN


Skuad bola sepak bawah 23 tahun negara menghadiahkan pingat ibu segala emas buat semua rakyat Malaysia berbilang kaum apabila berjaya menundukkan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua pasukan terikat 1-1 hingga masa tambahan.

Anak buah jurulatih bijaksana Ong Kim Swee membuktikan lawatan sambil belajar mereka ke Slovakia berbaloi dengan aksi persembahan yang mengikut kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mirip seperti zaman emas bola sepak Malaysia dekad 1970-an.

Berdepan hampir 100,000 penyokong fanatik Garuda, skuad Harimau Muda tidak goyah tetapi sebaliknya menanam tekad untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi ketika Sukan SEA 2009.

Tetapi Indonesia terlebih dulu mengasak kubu pertahanan negara dan terlebih dulu di depan apabila Gunawan Dwi Cahyo menanduk bola masuk ke gawang Malaysia melepas penjaga gol tersohor, Khairul Fahmi.

Tetapi ibarat harimau luka, Malaysia bangkit kembali menyamakan kedudukan apabila umpanan kapten berwawasan Baddrol Bakhtiar ditanduk kemas oleh Mohd Asraruddin untuk gol penyamaan Harimau Muda sekaligus melenyapkan sorakan Indonesia di Gelora Bung Karno.

Kedua pasukan terus mengasak hingga ke masa tambahan dengan Indonesia bermatian mengekang pergerakan adiwira Fakri Saarani. Manakala itu setiap percubaan Garuda Muda berjaya dipatahkan oleh barisan utuh pertahanan Malaysia dan ketangkasan Khairul Fahmi di gawang.

Menjelang sepakan penalti, tangan emas Khairul Fahmi berjaya menepis tendangan Ferdinand Sinaga. Kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar kemudiannya menggalas tugas berat di bahu dalam sepakan terakhir tetapi rembatan kencang beliau gagal ditangkap kemas Kurnia Meiga untuk bola bergolek masuk ke gawang.

Kejayaan mempertahankan pingat emas merupakan hadiah terbaik Harimau Muda buat peminat bola sepak Malaysia khususnya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang sebelum itu berkenan mencemar duli turun bertemu para pemain bagi merestui perjuangan skuad Harimau Muda.


Nota: 

Kalau Sokernet nak tulis berbunga begini memang senang dan boleh saja. Tapi kemudiannya apa beza Sokernet dengan suratkhabar macam Harian Metro, Kosmo! atau Utusan Malaysia? Lebih baik kamu semua baca suratkhabar saja dari baca Sokernet. Baca saja berita sukan yang ditulis oleh wartawan profesional sekaum dengan Rizal Hashim yang dibayar gajinya setiap bulan dan perlu menulis dengan baik untuk menjaga periuk nasi anak bini di rumah. Di situ saja kita sudah boleh nampak kenapa sukan Malaysia khususnya bola sepak selalu ke laut. Kerana yang menulis tidak berani menegakkan yang hak dan menentang kebathilan.


Tapi di Sokernet, para penulis tidak dibayar gaji dan tidak terhutang budi dengan sesiapa pun. Kami tulis sebab minat dan atas sebab itu kami bersuara dengan jujur dan tanpa sebarang batasan.


Ya, Malaysia menang. Tapi apa yang kepala bana tetap kepala bana. Kalau Malaysia menang Piala Dunia sekali pun dan permainan Fakri Saarani masih kepala bana, kami akan kata dia kepala bana.

Tak suka, beli Harian Metro dan baca sampai jadi bangang.

*Nanti dalam Footie Friday aku bagi versi rasmi Sokernet

Malaysia Menang Pingat Emas

Bangang abadi!

Followers

Pageviews