186 Undi, 3 Rosak, 17 Berkecuali Dan Pemenangnya Ialah...







King of Bola


Semalam badan induk bolasepak dunia, FIFA telah mengadakan pilihanraya presiden FIFA di Zurich, Switzerland. Pilihanraya presiden diadakan setiap 4 tahun untuk memilih presiden merangkap Abang Long bolasepak seluruh dunia. Siapa saja yang menjadi presiden FIFA bermakna beliau merupakan individu paling power dalam bolasepak. Lagi power dari Sultan Bola katanya, walaupun ahli Perkasa mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.

Pilihanraya presiden semalam berlangsung selama 2 jam dan seperti yang dijangka, pemangku jawatan yakni Sepp Blatter telah terpilih untuk terus menjawat jawatan presiden FIFA untuk 4 tahun lagi. Sepp Blatter menang dengan memperolehi sejumlah 186 undi dari 206 wakil persatuan bolasepak seluruh dunia. Kemenangan ini dijangka bukan kerana Sokernet menggunakan bomoh Siam untuk menilik keputusan, tetapi kerana dalam kertas undi hanya ada satu nama calon yang boleh dipangkah dan nama itu Sepp Blatter.

Celaka, persatuan bangang tahap Gaban mana yang masih nak buat pilihanraya walaupun hanya ada satu calon bertanding? Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia pun tak bangang tahap Gaban macam ini walaupun selalu jadi lembu gerombolan!


Kertas undi yang bangang


Tetapi di FIFA, semuanya tidak mustahil. Sama macam tidak mustahil negara tahi unta macam Qatar dipilih jadi tuan rumah Piala Dunia. Walaupun hanya ada seorang calon bertanding, pilihanraya tetap diadakan dan semua pengundi berjumlah 206 banyaknya mengambil masa selama 2 jam untuk memangkah kertas undi!

Macam mana pula hanya Sepp Blatter seorang saja yang bertanding jawatan presiden FIFA ini? Tak ada ke malaon lain yang berani mencabar kejantanan Sepp Blatter ini?

Sebenarnya ada. Tetapi dengan gaya ala-ala 'dictatorshit' stail Korea Utara atau Libya, Sepp Blatter dan FIFA terlebih dulu telah mencantas mana-mana malaon yang berani mencabar kedaulatan beliau. Dua malaon yang menjadi mangsa ialah Mohammed Bin Hammam dan Jack Warner.

Mohammed Bin Hammam seperti yang mungkin ramai ketahui ialah Pak Arab dari Qatar dan juga presiden AFC. Jack Warner pula adalah seorang menteri kerja raya dari Trinidad & Tobago serta menjawat kedudukan sebagai presiden CONCACAF. Kedua-duanya mungkin tidak se-power Sepp Blatter tetapi dikhabarkan bahawa Mohammed Bin Hammam yang berniat merebut jawatan presiden FIFA telah 'berkerjasama' dengan Jack Warner untuk mendapatkan sokongan.



Mohammed Bin Hammam + Jack Warner = Politik Wang


Sepp Blatter yang berdepan dengan prospek wujudnya satu 'pakatan rakyat' antara negara-negara AFC dan CONCACAF telah mengorek habis-habisan 'pakatan rakyat' ini dan berjaya menemui unsur-unsur rasuah serta politik wang. Dengan menggunakan Suruhanjaya Etika FIFA seperti mana PM 1Malaysia menggunakan SPRM untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat, Sepp Blatter berjaya menghalang Mohammed Bin Hammam dari bertanding. Kedua-dua Mohammed Bin Hammam dan Jack Warner turut digantung dari terlibat dalam sebarang aktiviti bolasepak. Maknanya nak main bola kat padang petang-petang pun dah tak boleh.

Memang Mohammed Bin Hamman dan Jack Warner bersalah. Tapi untuk Sepp Blatter menghukum kedua malaon ini kerana rasuah sama jugalah macam kerajaan persekutuan Barisan Nasional menghukum kerajaan negeri Pakatan Rakyat makan rasuah. Dua kali lima sebenarnya.


Macam Perhimpunan Agung UMNO pun ada


Maka dengan kejayaan 'political assasination' ini Sepp Blatter dapat bertanding pilihanraya presiden FIFA semalam sebagai calon tunggal. Kalau dapat 1 undi dan yang lain rosak atau berkecuali pun tetap dikira menang. Jadah apanya masih nak buat pilihanraya entah. Mungkin sebab dewan sudah ditempah berserta penyanyi Grace Jones dan pemain jugel Alan Sulc. Kalau kensel rugi pula deposit dah bayar kan?

Tidak ada siapa ke yang berani lawan Sepp Blatter dan FIFA ini agaknya? Ada. The Football Association of England (The FA) sebagai persatuan bolasepak paling tua dan bersejarah telah cuba menghalang Sepp Blatter dari terus mengadakan pilihanraya penuh sandiwara ini. David Bernstein selaku 'Sultan Bola' untuk seluruh England mengusulkan agar pilihanraya ditangguh dan FIFA dibersihkan dari gejala rasuah dan politik wang. Usul ini disokong oleh adik England yakni Scotland dan juga beberapa negara bolasepak lain yang tak power macam Liberia dan Uganda.

Pungutan suara dibuat tetapi malangnya hanya 17 persatuan bolasepak lain menyokong usul oleh The FA England. Kemudiannya England dilabel sebagai pariah dan dikutuk keras oleh FIFA melalui Timbalan Kanan Presiden FIFA, Julio Grondona yang juga merupakan pegawai FA Argentina. Julio Grondona sebelumnya pernah mengatakan ketika England mahu bertanding merebut hak tuan rumah Piala Dunia 2018 dan mmemujuk Argentina mengundi England, beliau telah menjawab England perlu memulangkan Pulau Falklands terlebih dulu untuk mendapatkan undi dari Argentina.


FA England = Pariah

Inilah nasib The FA dan England, persatuan bolasepak tertua dan negara yang menggelar diri mereka 'The Home of Football'. Nampaknya prestij dan sejarah bukan lagi menjadi ukuran untuk dihormati. The FA sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang berlaku dengan Liverpool sekarang.

Harapan terakhir umat bolasepak nampaknya kini terletak pada satu susuk tubuh yang power lagi berdaulat. Ya, tidak lain dan tidak bukan Sultan Bola sajalah yang boleh mencabar Sepp Blatter. Dengan status sebagai Raja Melayu dan sokongan padu dari Perkasa dan Parti Cap Keris tidak mustahil Ketuanan Bolasepak Melayu dapat ditegakkan satu hari nanti.

Ye dak?


Harapan terakhir umat bolasepak

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews