Penyokong Liverpool yang tetap menyokong Liverpool dalam milenia ini adalah berhati kental

Mereka cool macam Samuel L Jackson. Bukan sahaja cool malah berhati kental, juga seperti Samuel L Jackson. Tadi saya sempat menghubungi Samuel bagi mendapatkan pendapat beliau berkenaan kekalahan Liverpool.


Saya : Jadi selepas Liverpool kalah, adakah Tuan akan menyokong pula Man U.

Samuel: Hak tuih! (Meludah ke siling) Setakat kalah 1-0, tak ada apa hal sangat. Kalau Man U menang semua piala pun, menang liga untuk ke-19 pun, jangan harap aku nak sokong! Aku rasa nak sepak je. Aku syak penyokong Man U ni manja macam Justin Bieber. Orang manja je yang sokong Man U. Ada kau nampak muka aku macam Justi Bieber?

Saya: Jadi apa pula pendapat Tuan dengan gambar ini? (Sambil menghulurkan gambar kepada Tuan Samuel)


Samuel : Hak tui! (sambil meludah lagi ke siling) Aku dah agak. Dua-dua orang ni minat Justin Bieber.

Saya : Ada orang kata, muka Tuan seperti Evra, apa pendapat Tuan?

Samuel: Hak tui! Apa masalahnya? Apakah sebab muka aku sama dengan Evra aku kena sokong Manshit? Jangan harap. Bullshit semua tu.

Saya: Jadi, apa sebenarnya yang Liverpool perlukan sekarang?

Samuel: Liverpool perlukan larian-larian yang mengelirukan. Sekarang semua larian Liverpool main rempuh je.

Saya: Nanti saya sampaikan cadangan tuan itu iaitu larian-larian mengelirukan kepada King Kenny. Jadi, kepada peminat Liverpool pula, apa pesan Tuan Samuel?"

Sameul: Pesan saya, biar kita kalah. Biar kita relegate sekalipun, jangan sesekali menyokong kelab yang keji seperti Man U. Manja! Geram aku... gerammm... (Sambil menarik rambut Justin Bieber yang kebetulan lalu di hadapannya)

Saya: Boleh berikan pose terbaik untuk peminat Liverpool.

Samuel: Ini pose namanya, 'Menteri muncul lagi'. Ingat, awan mendung akan berlalu dan mentari akan kembali ke Anfield. Jadi stay cool dan jangan sokong Manshit. Hak Tuih! (Terus meludah rambut Justin Bieber)









Mentari Muncul Lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers

Pageviews